Sunday, November 7, 2010

n9 vs Kelantan

* view keseluruhan Stadium Bukit Jalil sebelum start perlawanan*
dalam bulatan : Sepatut nya penyokong n9 dan kelantan tak patut diberi kedudukan camtu. Bahagian atas penyokong Kelantan dan bawah pulak penyokong n9. Benda macam ni kita semua boleh fikir, peratus utk bergaduh besar sgt. Apa yg boleh saye sndiri nampak dengan mata ni, penyokong Kelantan membaling botol air dan MERCUN ke arah penyokong n9. Bukan nak cakap yang diri ni penyokong setia n9, cuma kena adil la. Kesian orang kat bawah tu. Semua ada akal so pandai2 la jaga perilaku tu, jangan jadi bodoh. Lain kali jika Kelantan dan n9 dpt pergi final lagi, rancang la awal2. Ni ticket masuk pon dari rm30 da jadi rm35 ade rm45 ade malahan rm60 pon ade. Ini semua angkara ulat ticket. Banyak khabar angin yg x best tuk di dengar, tapi buta kan mata je laa.

garisan : Penyokong Kelantan. ;] Sy berbangga dengan semangat setiap penyokong Kelantan. Ade yg sampai sanggup 'menyonteng' kereta sndri. Hehe. Seronok tengok gelagat mereka. Lagi2 selepas menang perlawanan tersebut. Bergema satu stadium dengan sorakan mereka. Syabas! Cuma sy berharap kepada sebilangan penyokong Kelantan jaga perilaku sebagai rakyat Malaysia. Itu je penting. ATTITUDE.! ;]


* semangat The Red Warriors *
Walaubagaimanapun perlawanan malam tersebut mempunyai 1001 ketidakpuashatian bagi sesetengah pihak. Apa2 pun adat pertandingan, ada menang ada yg kalah. Syabas utk Kelantan dan kepada n9, insyaAllah ada rezeki utk perlawanan yg akan datang. ;]

Salam



( haha!aku sndri gelak dengan apa yg aku mengarut ni, takpe janji korang paham pe yg aku nk ckp)



'Hobin Jang Hobin' vs 'Gomo Kelate Gomo'


PEACE
\('',)/

No comments:

Post a Comment