Monday, November 8, 2010

Tips Penjagaan Tradisional 1

Salam

Happy Deepavali to all Indians.
Today i wanna share few things that i got some information dari rancangan Nona tv3 bersempena dengan perayaan ini. 

Here we go :

Almond Oil ( Minyak Badam )


Kegunaan ia adalah untuk melebatkan rambut, memulihkan rambut2 yg bercabang dan rosak, dan juga elok untuk bagi mereka yg mempunyai masalah kulit kering.  

Cara pengunaannya : - utk rambut ; Sapu minyak badam ke seluruh kulit kepala ( urutkannya perlahan2 ) sebaiknya 6 jam sebelum mandi dan minimum selama 1jam. Selepas menyapu pada keseluruhan kulit kepala, tutup kepala dengan menggunakan towel suam/panas selama 20minit.  Akhir sekali, mandiiii!! ;] 

- utk kulit ; Sapu minyak pada kulit yg bermasalah/kering. Biarkan ia selama 1 jam dan kemudian bilas dengan air bersih. ;]

Limau Nipis


Kegunaan limau nipis banyak caranya. Contohnya limau nipis berkesan utk menghilangkan batuk, membantu pembuangan toksin dalam badan, dan menghilangkan sel2 mati contoh nya di siku dan buku lali.

Cara penggunaannya : - Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

- Bagi mereka yang batuk, mungkin anda boleh mencuba makan satu sudu besar madu disertai sedikit perahan limau nipis. InsyaAllah pulih. ;]

- Untuk menghilangkan sel-sel mati yang terdapat pada siku dan juga buku lali, anda bolehlah mencuba dengan menggunakan separuh limau nipis dan gosokkan pada bahagian yang bermasalah. Gosok selama 15min kemudian cuci dengan air suam. InsyaAllah berkesan. ;]


Bawang Putih


Banyak kegunaan bawang putih ni. Salah satunya adalah utk kuku! Jom kita buat manicure cara tradisional. Dengan menggunakan bawang putih kita dapat mencantikkan lagi kuku kita dan menguatkan nya! ;]

Cara penggunaan : - Hiris bawang putih halus2 ( chopped ), kemudian lumurkan bawang putih tersebut pada setiap jari2 kita dan biarkan nya sehingga kering. Selepas itu, bersihkan kuku dengan air suam dan kemudiannya sapu minyak badam pada kuku kita tersebut. Biarkan selama 15-20min. Lagi lama lagi elok. ;]


Selamat Mencuba!!




No comments:

Post a Comment